Kayuh Sendiri

|
Kerana kebosanan dan kesibukan yang selalu menguasai diri, juga dengan kekangan masa rakan-rakan yang lain, admin mengambil peluang untuk berkayuh sendiri. Walaupun tidak sejauh mana, namun setidak-tidaknya dapatlah mengurangkan segala bebanan yang digalas di bahu ini. Admin sempat mengambil beberapa gambar sempena kayuhan ini.

Pilihan Hati Episod 2

|
Setelah sekian lama memendam hati dan perasaaan yang amat mendalam, semalam (19/10/2009) menjadi detik-detik yang bersejarah bagi En. Zaiham kerana telah membuat keputusan memilih basikal yang akan ditunggangnya. Merida Matts 500D 2010. Walaupun terdapat beberapa model Merida Matts lain yang ditawarkan, En. Zaiham tetap dengan pilihan hatinya.


En. Zaiham tersenyum riang sambil memegang basikal yang telah dipilihnya.
En. Zaiham sempat pose bersama basikal Merida model 2010.

Basikal yang telah dipilih diturunkan untuk dipasang. En. Zaiham sempat memeriksa rim mavic basikal barunya.

Beberapa snapshot semasa di dalam kereta dalam perjalanan pulang selepas membeli basikal.


IMTTO

|
Salam mesra kepada pembaca, pada kali ini, pihak admin sekadar ingin berkongsi maklumat mengenai IMTTO (International Mountain Bike Teams, Technical Support companies and Event Organisers) iaitu sebuah organisasi antarabangsa (non-profit) yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 yang banyak terlibat dalam sukan mountain bike. IMTTO juga dikenali oleh Union Cycliste Internationale (UCI). Jika para pembaca ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai IMTTO bolehlah melayari laman web http://www.imtto.com/about.php.

Dalam laman web ini juga ada dinyatakan
Final Standings for the 2009 IMTTO Constructors Championship. Berikut adalah mata dan juga rangking bagi pengeluar basikal MTB.

1. Specialized = 648
2. Trek = 415
3. Giant = 404
4. Intense = 375
5. Scott = 361
6. Yeti = 359
7. GT = 348
8. Santa Cruz = 324
9. Commencal = 303
10. Merida = 269
11. Orbea = 235
12. Rocky Mountain = 227
13. Ghost = 205
14. Cannondale = 164
15. Evil = 162
16. Massi = 154
17. Lapierre = 127
18. Sunn = 127
19. Rotwild = 109
20. Norco = 108
21. Author = 99
22. Turner = 87
23. Mondraker = 83
24. Morewood = 72
25. KHS = 67
26. Iron Horse = 52
27. Bianchi = 51
28. MSC = 44
29. FRM = 41
30. Nicolai = 41
31. Canfield = 40
32. RB = 40
33. Hercules = 36
34. Corratec = 35
35. Gary Fisher = 35
36. Colnago = 29
37. Canyon = 27
38. Kraftstoff = 25
39. Orange = 24
40. Felt = 21
41. Focus = 21
42. Tomac = 21
43. Pell’s = 17
44. Carraro = 13
45. BMC = 12
46. Cube = 12
47. Identiti = 12
48. Seven = 12
49. Thömus = 12
50. Chumba = 11
51. Jamis = 11
52. Lee Cougan = 11
53. Ancillotti = 10
54. Solid = 10
55. Spatz = 10
56. Ancillotti = 9
57. Ridley = 9
58. Independent = 5
59. Zenith = 5
60. 2Stage = 3
61. Ibis = 3
62. Transition = 3
63. Wheeler = 3
64. Devinci = 1
65. Koba = 1
66. Spank = 1
67. Vario = 1



Merida Matts 500D

|
Dalam post kali ini, admin ingin berkongsi mengenai salah model baru Merida yang terdapat di Kedai Chop Sin Bee Hin Bicycle Shop, No. 47 Jalan Ong Kim Wee, 75300 Melaka. Puas pihak admin untuk mencari gambar bagi model basikal ini, akhirnya berjumpa juga dengan gambarnya di laman web www.thaimtb.com/forum/viewtopic.php?f=181&t=90041.

Berikut dikongsikan serba sedikit spesifikasi bagi basikal ini iaitu Merida Matts 500D yang diperolehi oleh admin. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat sedikit perubahan dari segi spesifikasi yang diberikan kerana sukar untuk memperolehi maklumat bagi basikal yang dipaparkan di atas. Semoga dengan perkongsian sebegini akan dapat menambahkan pengetahuan bagi pihak admin dan pembaca.

2009 Matts TFS XC
Models 500-D-Dart
Frame MATTS TFS-Comp-Disc
Size 14.5-16-18-20-22-24-16L-18L-20L
Fork Rock Shox Dart 2 80 lockout
BB Set Shimano ES25 Octalink
B-Lever attached
Brake-F Hayes Stroker Ryde 180
Brake-R Hayes Stroker Ryde 160
C-Housing MTK700 SP40
Chain Shimano CN-HG53
Chainwheel Shimano M442 octa 44A-32-22
DERA-F Shimano Deore 34.9 T-Swing
DERA-R Shimano XT Top Normal
Freewheel Shimano CS-HG50-9 11-32
Bar-End XM Speed
Grip XM Speed
H-Bar XM Comp CEN 31.8 Flat 600
H-B Stem XM Comp OS CEN 7
Head Set M10 Neck
Hub-F Shimano M475 disc
Hub-R Shimano M475 disc
Pedal XC Alloy
Rim Mavic XM117 disc
Saddle TFS mat
Seat Clamp Merida Aero 35 QR ST
Seat Post XM Speed CEN SB20 31.6
Shifter-F Shimano Deore rapidfire
Shifter-R Shimano Deore rapidfire
Spoke Stainless Black
Tire-F MERIDA RACE 2.1
Tire-R MERIDA RACE 2.1
Hardware Stainless


Salam mesra,
Admin





Pilihan Hati

|
Setelah hampir tiga bulan menjalankan perbincangan dan juga market survey, akhirnya jenama Merida telah menjadi pilihan utama bagi kumpulan kami. Setelah segala perkiraan dan persiapan dari segi mental mahupun fizikal (nak ikat perut) telah dilaksanakan dengan jayanya, maka Merida Matts TFS XC 100-D telah menjadi pilihan En. Zulkifli. Itupun setelah hampir berminggu-minggu pihak admin telah meracuni fikiran En. Zul agar membuat pemilihan yang betul-betul puas hati bila berkayuh nanti. Akhirnya setelah berjaya diracuni fikiran En. Zul, beliau telahpun membuat keputusan yang bijak. Jauh kelihatan riak wajah ceria En. Zulkifli memegang basikal yang akan dinaikinya.

Setelah persetujuan dicapai dan model yang dikehendaki ada dalam stok, maka turunlah kotak basikal Merida En. Zul, siap sedia untuk dipasang. Setelah siap dipasang dan diuji maka kami pun membawa pulang basikal baru di dalam kereta.

En. Zaiham d an En. Zul sempat menunjukkan "peace" sebagai tanda puas setelah berjaya mendapatkan basikal yang dihajati selama ini. Apa yang penting adalah nasib yang menyebelahi kami kerana frame basikal yang diingini terdapat dalam simpanan kedai, kalau tidak melepaslah untuk mengayuh tahun ini, kenalah tunggu tahun depan dan terpaksa menambah bajet lagi. Apapun syabas kepada En. Zul yang telah memulakan kayuhan pertama.


Berikut paparan-paparan yang sempat dirakamkan lensa kamera di dalam kereta bersama basikal Merida yang baru dibeli.































Merida Matts TFS100-D

|

SKU: SKU22138
Manufacturer: Merida
Model: Matts TFS100-D
Frame Size: 14.5", 16", 18", 20", 22", 24"
Gearing: 24 speed
Frame: Matts TFS-Comp-Disc
Colour: black (white flames)
Fork: SR XCM-H-D-LO 100 Lockout
Front Derailleur: Shimano M310 / Alivio
Rear Derailleur: Shimano M310 / Alivio
Shifters: Shimano SL-M360 Rapidfire
Brake Levers: Hayes Stroker Ryde
B/Bracket: Shimano Cartridge
Chain: Shimano CN-HG50
Front Hub: Disc Alloy
Rear Hub: Disc Alloy
Rims: Merida TFS Disc-Black
Freewheel: Shimano CS-HG40-8 11-32
Pedals: XC Steel
Saddle: X-Mission Line
Stem: XM Speed CEN 31.8
Year: 2010

Salam Perkenalan

|
Salam mesra kepada para pembaca,

Pada coretan yang pertama ini, ingin dikongsikan serba sedikit mengenai blog ini untuk tatapan semua. Idea terbinanya blog ini bermula tanpa disangka-sangka, minat salah seorang daripada rakan kami (En. Zaiham) yang mempunyai sahabat yang menggemari sukan lasak Mountain bike (MTB) iaitu Mat Kedah (Muhammad) telah membawa idea tercetusnya pmmc ini. Namanya agak simple namun ianya amat mendalam bagi kami. PMMC atau Politeknik Merlimau Mountain Bike Club adalah satu aspirasi kami yang terdiri daripada En. Zaiham, En. Zamri dan En. Zulkifli yang ingin mengajak lebih ramai meminati sukan ini, bukan sahaja bersukan namun apa yang lebih penting adalah untuk menghargai alam yang indah ini. Dengan motto yang cukup ringkas iaitu kami kayuh~kami kongsi diharapkan segala ilmu yang bermanfaat berkenaan pengalaman mengayuh dapat dikongsikan untuk tatapan bersama.

Salam Kayuhan Pertama,
Admin PMMC