Akhirnya setelah puas memilih tarikh yang sesuai, maka terlaksanalah kayuhan pantai sekali lagi tapi kali ini bertiga. Kayuhan pada kali ini agak mencabar kerana angin terlalu kuat hinggakan masing-masing kepenatan untuk melawan rintangan angin. Namun begitu, akhirnya Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara dapat ditawan juga akhirnya sekali lagi. Berikut adalah paparan yang sempat dirakamkan pada kayuhan kali ini. Kayuhan kali ini juga menyaksikan perubahan kepada Merida Matts 500 En. Zamri yang telah di upgrade.
En Zaiham dan En Zul sebagai model cocopie
En Zaiham mengisi semula botol air yang telah kosong
En Zul tersenyum puas
En Zul dengan aksi hakka nya
Wajah baru Matts 500 En Zamri
En Zul dengan aksi fotogediknya
Inilah dia pokok melaka, posing ala-ala Parameswara selepas lari dari Temasik
Berehat sebentar kerana kepenatan
















