Kayuhan Pantai 3z

|
Akhirnya setelah puas memilih tarikh yang sesuai, maka terlaksanalah kayuhan pantai sekali lagi tapi kali ini bertiga. Kayuhan pada kali ini agak mencabar kerana angin terlalu kuat hinggakan masing-masing kepenatan untuk melawan rintangan angin. Namun begitu, akhirnya Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara dapat ditawan juga akhirnya sekali lagi. Berikut adalah paparan yang sempat dirakamkan pada kayuhan kali ini. Kayuhan kali ini juga menyaksikan perubahan kepada Merida Matts 500 En. Zamri yang telah di upgrade.
En Zulkifli dan En Zamri setelah tiba di Pengkalan Balak

En Zaiham bersama Matts 100 En Zul

En Zaiham dan En Zul sebagai model cocopie
En Zaiham mengisi semula botol air yang telah kosongEn Zul tersenyum puasEn Zul dengan aksi hakka nyaWajah baru Matts 500 En Zamri En Zul dengan aksi fotogediknya
Kayuhan diteruskan lagi

Pusat Pelindungan PenyuEn Zaiham pose dihadapan Pusat Pelindungan Penyu
Posing ditepi kolam penyuEn Zaiham bersama penyu
En Zul mempamerkan aksi manjanya bersama penyu

Makan Time
3z @ Tanjung Bidara
Berangan ala-ala perenang...motif...padahal mengayuh...
Inilah dia pokok melaka, posing ala-ala Parameswara selepas lari dari TemasikBerehat sebentar kerana kepenatan
Penat dahhh
Hutan Rekreasi Sungai UdangAir aku pun dah habis, air tembikai pun ko jadilah...Yang penting aku puas... Ahhh~
Habislah air ko zul...Hehehe... Sedutan aku 3000Hp ni...

Nikmatnya air kelapa muda makcik kat simpang traffic light Sg. Udang...Fuhh, legaa~