Kayuhan d'Jasin

|
Kayuhan d'Jasin...
Untuk melepaskan rindu berkayuh jauh..akhirnya rancangan kami untuk membuat
kayuhan dari Selandar ~ Bandar Jasin ~ Selandar telah berjaya.
Walaupun pada peringkat permulaan kami merancang untuk melalui laluan yang lebih sukar dan panjang..tetapi keadaan cuaca ketika itu telah menyebabkan hasrat itu dibatalkan
Biarpun berdua kami berjaya mengharungi dengan baik. Secara peribadinya, seronok berkayuh di Daerah ini kerana kepelbagaian bentuk muka bumi menyebabkan kayuhan menjadi lebih menarik dan mencabar.


Kalau dilihat dari segi gaya dan faktor luaran..memang tidak dinafikan wajah Encik Zamri
merupakan wajah seorang pelumba negara. Bak kata pepatah lama..
Biar berkayuh tidak power..
tetapi gaya mesti power.. jangan marah Encik Zamri...



Kolam Air Panas Jasin ~ terdapat banyak tempat tempat air panas di Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Ini merupakan salah satu tempat yang boleh anda lawati...



Tempat ini cukup bersih dan dijaga..Ketika kami disini terdapat program gotong royong yang dilakukan oleh orang kampung..Syabas untuk anda semua..bukan sahaja orang tua malah belia belia kampung turut serta dalam gotong royong ini...


Pintu Gerbang..Selamat datang ke Daerah Jasin



Sampai juga aku kat sini yer...

Sayang sekali untuk kayuhan ini..banyak kenangan kenangan manis tidak dapat dirakamkan..ini disebabkan Hand Phone Sony Ericson yang selalu aku gunakan untuk merakam gambar gambar menarik telah lekang dek panas dan hujan..mungkin juga tahap keganasan telah melampaui dan juga telah melebihi tahap standard. Maka kenalah aku beli hand Phone baru...

Sekian ajer perkongsian kayuhan kami kali ini..Insya Allah lepas ini aku nak buat kayuhan

Paya rumput Ke Merlimau..baru mantap..