2010 Permulaan Yang Baru

|

Selamat Tahun Baru 2010 pihak admin ucapkan kepada semua yang sudi membaca entri-entri yang telah dipaparkan oleh pihak admin PMMC. Tahun 2009 telah menyaksikan beberapa kayuhan telah dilaksanakan dan masih lagi terdapat beberapa kayuhan masih beluma dapat dilaksanakan lagi. Tahun 2009 telah pun melabuhkan tirainya dan 2010 menjanjikan sesuatu yang baru. Sehubungan dengan itu, pihak admin telah pun mengambil inisiatif untuk menukar template baru PMMC agar ianya lebih berwarna-warni dan begitu jugalah kayuhan juga diharapkan lebih banyak hendaknya. Tidak lupa ucapan terima kasih di atas komen-komen yang diberikan oleh pelawat dan kami dipihak admin amat mengalu-alukan komen-komen dari anda semua.

Tahun 2010 diharapkan PMMC akan dapat melebarkan lagi jaringan diantara semua peminat-peminat basikal lasak (mountainbike) sama ada di Negeri Melaka ini khususnya mahupun di mana-mana sahaja peminat sukan ini. Tahun 2009 juga telah menyaksikan pelancaran logo PMMC dan juga iklan pada kenderaan kami. Diharapkan dengan adanya promosi sebegini, jaringan ini akan dapat diperkukuhkan lagi serta secara tidak langsung melahirkan generasi yang cergas dan cerdas untuk masa hadapan.

Berikut paparan logo dan baju korporat untuk mempromosikan PMMC.

Logo Rasmi PMMC

Pandangan hadapan Baju PMMCPandangan Belakang Baju PMMCPandangan Belakang PMMC (2)