Muar-Pagoh Moutain Bike Challenge 2010

|

Pertama tama kalinya dan impian menjadi kenyataan kayuhan 3Z di Moutain
Bike Challenge berjaya dizahirkan.
Yang complete dan gagah perkasa adalah Zamri, rider hebat dari Jasin
Yang terlupa bawa helmet tu, Zul rider mantap dari Merlimau
Yang biasa biasa tu, rider yang tidak berapa rider tu Zaiham dari Paya Rumput

No pandaftaran aku <> Pertama tama kalinya Merida aku akan akan diuji di Pagoh, Johor

Ye ha....

Aksi sebelum memulakan kayuhan...Dalam hati berkata adakah " chicken run " menjadi target..

Jamboree Jasin

|
Pada 2 May 2010 yang lalu telah berlangsung Jamboree MTB Jasin 2010 dengan jarak laluan sejauh 50km++ yang merangkumi laluan ladang kelapa sawit, getah, bukit dan juga sedikit kawasan hutan..Walaupun tanpa training yang cukup, pihak PMMC telah menghantar wakil untuk sama-sama turut serta memeriahkan Jamboree MTB Jasin 2010..
Jelas terpancar kemeriahan sebelum bermulanya pelepasan kayuhan Jamboree MTB Jasin 2010...Para peserta bersedia dengan kelengkapan masing-masing sebelum kayuhan bermula..
Jamboree Jasin turut dimeriahkan dengan booth kedai dari s2hcycle dan dari Lerun.
Para peserta merungut kerana hilang panduan dan menanti pihak urusetia memberi petunjuk laluan yang betul.
Berehat sebentar selepas water stop di kaki bukit langsat. Penat sungguh.

Acara menolak basikal menaiki bukit langsat. Sungguh menyayat hati lepas bukit, bukit, lepas bukit, bukit..Nak sampai ke puncak, mak aiii..Penat sungguh..

Akhirnya sampai juga ke puncak bukit langsat walaupun hanya menolak kerana sudah kepenatan. Apabila sudah kepuncak, aktiviti downhill menyaksikan ramai yang kecundang, yang terjatuh dan mengalami kecederaan. Memang begitu mencabar menuruni bukit langsat ini dengan bentuk muka bumi yang berpasir dan laluan air hujan turut menguji keupayaan penunggang. Alamatnya, nak turun pun tolak lagi la jawabnya.
Akhirnya, kayuhan berjaya disempurnakan dengan kesemua keempat-empat checkpoint berjaya dihabiskan walaupun mengalami kekejangan otot. Ok la, dapat tempat ke 573 dari 800 lebih peserta yang mengambil bahagian. Apapun ia merupakan pengalaman berharga sebagai titik tolak permulaan menyertai Jamboree semenjak menceburi sukan ini.


Kayuhan d'Jasin

|
Kayuhan d'Jasin...
Untuk melepaskan rindu berkayuh jauh..akhirnya rancangan kami untuk membuat
kayuhan dari Selandar ~ Bandar Jasin ~ Selandar telah berjaya.
Walaupun pada peringkat permulaan kami merancang untuk melalui laluan yang lebih sukar dan panjang..tetapi keadaan cuaca ketika itu telah menyebabkan hasrat itu dibatalkan
Biarpun berdua kami berjaya mengharungi dengan baik. Secara peribadinya, seronok berkayuh di Daerah ini kerana kepelbagaian bentuk muka bumi menyebabkan kayuhan menjadi lebih menarik dan mencabar.


Kalau dilihat dari segi gaya dan faktor luaran..memang tidak dinafikan wajah Encik Zamri
merupakan wajah seorang pelumba negara. Bak kata pepatah lama..
Biar berkayuh tidak power..
tetapi gaya mesti power.. jangan marah Encik Zamri...



Kolam Air Panas Jasin ~ terdapat banyak tempat tempat air panas di Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Ini merupakan salah satu tempat yang boleh anda lawati...



Tempat ini cukup bersih dan dijaga..Ketika kami disini terdapat program gotong royong yang dilakukan oleh orang kampung..Syabas untuk anda semua..bukan sahaja orang tua malah belia belia kampung turut serta dalam gotong royong ini...


Pintu Gerbang..Selamat datang ke Daerah Jasin



Sampai juga aku kat sini yer...

Sayang sekali untuk kayuhan ini..banyak kenangan kenangan manis tidak dapat dirakamkan..ini disebabkan Hand Phone Sony Ericson yang selalu aku gunakan untuk merakam gambar gambar menarik telah lekang dek panas dan hujan..mungkin juga tahap keganasan telah melampaui dan juga telah melebihi tahap standard. Maka kenalah aku beli hand Phone baru...

Sekian ajer perkongsian kayuhan kami kali ini..Insya Allah lepas ini aku nak buat kayuhan

Paya rumput Ke Merlimau..baru mantap..


Kayuhan 2'Z d' Empangan Jus

|

Setelah sekian lama merancang untuk melakukan kayuhan pada 2010, akhirnya kayuhan pertama bagi tahun ini pun bermula...Bermula dengan kayuhan yang menguji kekuatan untuk mendaki bukit yang tinggi dan panjang...Sehubungan dengan itu, kayuhan d' Empangan Jus menjadi pembuka tirai..walaupun hanya berdua, namun kayuh tetap kayuh...yeahhh...


Walaupun papan tanda hanya menunjukkan 7.5km, namun siksanya nak ke pintu amat memenatkan...dengan cabaran anjing-anjing yang menyalak menyebabkan kerisauan kalau kena ligan alamatnya lari tak cukup tanah la...nak kayuh laju lagi pun dah tak boleh pergi dah pasal dah penat sangat...


Kayuh terus kayuh....satu selekoh ajer tu....


Berat mata memandang berat lagi kaki aku yang mengayuh...
kalau hari hari macam ini confirm bulan 6 tinggal 60 Kilo ajer..



Jauh Pandangan ...Luas pemandangan...jauh lagi lah aku nak mengayuh nie nampaknya...
kalau ada Bas Panaroma Melaka confirm aku tahan punyer...



Bukit kat area sini memang tak agak agak..siapa berani jom ler try kayuh kat jasin...


Zam..tunggu ler aku...tahulah..trek nie kau yang terjah dulu...



Berapa darjahlah agaknya bukit nie yer...turun bukit memang syok...
tapi bila nak panjat peh....sakit satu badan...


Gaya seorang juara...Orang Jasin..memang power...

Penat macam mana pun..possing mesti mari!!!!



Dari awal memang dia ajer dihadapan.....



Patutlah power...minum Power Root


Yehaaa.........!!!!

Berehat seketika...syok lepak kat sini...


Kalau dapat tidur nie..memang syok...

Orang melaka kena jimatkan air...
Kena jimatkan air...

Nyaman dan cukup menenangkan apabila berada disini...

Agak agak kalau tension boleh lah lepak kat sini...

Check point yang terakhir sebelum pulang ke pangkal jalan...
InsyaAllah lepas nie Kayuhan Jasin...

Kayuhan Solo D' Padang Temu

|
Laluan "pergi" yang aku gunakan untuk kayuhan ini.

Ikut Google punya calculation 20.9 km – about 1.5 Hours by Bicycle

1. Head west on Jalan Paya Rumput Indah toward Lebuh Amj 0.8 km
2. Turn left at Lebuh Amj 2.8 km
3. Slight left toward Jalan Cheng Lama Go through 1 roundabout 1.2 km
4. Continue straight onto Jalan Cheng Lama 0.8 km
5. Continue onto Lebuh Amj 2.1 km
6. Turn left at Jalan Tun Teja 1.6 km
7. At the roundabout, take the 2nd exit onto Jalan Tun Fatimah 3.7 km
8. Turn right at Jalan Batu Berendam 0.6 km
9. Continue onto Jalan Mufti Haji Khalil 0.9 km
10. Slight left onto the ramp to Lebuh Amj 0.4 km
11. Slight left at Lebuh Amj 2.2 km
12. Take the ramp to Jalan Semabok 0.3 km
13. Turn right at Jalan Semabok 0.5 km
14. Take the 3rd left onto Jalan Taman Sinn 0.3 km
15. Take the 3rd left toward Jalan Kasturi 1/1 0.1 km
16. Turn left at Jalan Kasturi 1/1 0.1 km
17. Jalan Kasturi 1/1 turns right and becomes Jalan Kasturi 1/8 0.3 km
18. Turn left at Jalan Kasturi 1/12 0.1 km
19. Turn right at Jalan Taman Sinn 0.2 km
20. Take the 1st left onto Jalan Pj 27 0.3 km
21. Turn left at Jalan Pj 23 79 m
22. Take the 1st right onto Jalan Pj 26 93 m
23. Turn right at Jalan Pj 25 0.2 km
24. Take the 1st right 0.3 km
25. Take the 2nd left onto Jalan Padang Temu 0.9 km
26. Take the 3rd left onto Jalan Benteng Sawah 54 m
27. Sampai ler
Solo pun sololah, kayuh tetap kayuh..

Singgah kejap Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam Fasa III. Pejam

celik pejam celik selama 4 tahun setengah aku ulang alik kat sini dulu dari Paya Rumput.


TEAC Electronics(M) Sdn Bhd, dapatlah aku merasa pergi Batam, Indonesia dan Singapore.

Kalau ikut hati nak ajer aku teruskan kayuhan ke Merlimau

Akhirnya sampai juga.....

Rileks jap..
*
*
*

Laluan "balik" yang aku gunakan untuk kayuhan ini.

Ikut Google punya calculation 23.3 km – about 1.5 Hours by Bicycle

1. Head south on Jalan Sawah toward Jalan Padang Temu 0.2 km
2. Turn right at Jalan Padang Temu 1.2 km
3. Continue onto Jalan Ujong Pasir 1.2 km
4. Turn left at Jalan Melati 0.3 km
5. Continue onto Jalan Melaka Raya 23 0.4 km
6. Turn right at Jalan Syed Abdul Aziz 3.8 km
7. Slight left to merge onto Jalan Tengkera 1.7 km
8. Continue onto Jalan Limbongan 1.4 km
9. Continue onto Jalan Klebang Besar 1.7 km
10. Turn right at Jalan Pulau Gadong 2.1 km
11. Continue onto M7 2.0 km
12. Take the ramp to Lebuh Amj 50 m
13. Turn left at Lebuh Amj 6.6 km
14. Turn right at Jalan Paya Rumput Indah
15. Destination will be on the right 0.7 km
16. Sampai ler.

Kota ST. John di Bukit Senjuang.

Alang alang sampai, rugi kalau tak panjat Kota ST. John nie.

Merida kena tinggal dikaki bukit nie..kalau nak angkut sekali boleh pitam dibuatnya...

Panorama Melaka Raya yang dapat dilihat dari atas.

Pembangunan Melaka Raya dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Pandangan dari dalam Kota ST.John.

Meriam meriam lama ini ditempatkan disekeliling Kota ini.

Jom ler singgah Masjid Selat di Pulau Melaka.

Binaannya cukup unik.


juga mengkagumkan.

Eye On Malaysia dari kejauhan....

Harap ianya dapat berputar semula..satu produk pelancongan

yang cukup menguntungkan negeri Melaka.

Jalan Solok Kg. Bahagia, Klebang Besar terkenal dengan "air kelapa shake" nya
kalau nak minum confirm kena beratur panjang..


Masih terdapat lagi sawah padi di kawasan Pulau Gadong.


Sempat possing ..

Tesco Extra yang sedang dalam pembinaan di Cheng.