Jamboree Jasin

|
Pada 2 May 2010 yang lalu telah berlangsung Jamboree MTB Jasin 2010 dengan jarak laluan sejauh 50km++ yang merangkumi laluan ladang kelapa sawit, getah, bukit dan juga sedikit kawasan hutan..Walaupun tanpa training yang cukup, pihak PMMC telah menghantar wakil untuk sama-sama turut serta memeriahkan Jamboree MTB Jasin 2010..
Jelas terpancar kemeriahan sebelum bermulanya pelepasan kayuhan Jamboree MTB Jasin 2010...Para peserta bersedia dengan kelengkapan masing-masing sebelum kayuhan bermula..
Jamboree Jasin turut dimeriahkan dengan booth kedai dari s2hcycle dan dari Lerun.
Para peserta merungut kerana hilang panduan dan menanti pihak urusetia memberi petunjuk laluan yang betul.
Berehat sebentar selepas water stop di kaki bukit langsat. Penat sungguh.

Acara menolak basikal menaiki bukit langsat. Sungguh menyayat hati lepas bukit, bukit, lepas bukit, bukit..Nak sampai ke puncak, mak aiii..Penat sungguh..

Akhirnya sampai juga ke puncak bukit langsat walaupun hanya menolak kerana sudah kepenatan. Apabila sudah kepuncak, aktiviti downhill menyaksikan ramai yang kecundang, yang terjatuh dan mengalami kecederaan. Memang begitu mencabar menuruni bukit langsat ini dengan bentuk muka bumi yang berpasir dan laluan air hujan turut menguji keupayaan penunggang. Alamatnya, nak turun pun tolak lagi la jawabnya.
Akhirnya, kayuhan berjaya disempurnakan dengan kesemua keempat-empat checkpoint berjaya dihabiskan walaupun mengalami kekejangan otot. Ok la, dapat tempat ke 573 dari 800 lebih peserta yang mengambil bahagian. Apapun ia merupakan pengalaman berharga sebagai titik tolak permulaan menyertai Jamboree semenjak menceburi sukan ini.