Salam Perkenalan

|
Salam mesra kepada para pembaca,

Pada coretan yang pertama ini, ingin dikongsikan serba sedikit mengenai blog ini untuk tatapan semua. Idea terbinanya blog ini bermula tanpa disangka-sangka, minat salah seorang daripada rakan kami (En. Zaiham) yang mempunyai sahabat yang menggemari sukan lasak Mountain bike (MTB) iaitu Mat Kedah (Muhammad) telah membawa idea tercetusnya pmmc ini. Namanya agak simple namun ianya amat mendalam bagi kami. PMMC atau Politeknik Merlimau Mountain Bike Club adalah satu aspirasi kami yang terdiri daripada En. Zaiham, En. Zamri dan En. Zulkifli yang ingin mengajak lebih ramai meminati sukan ini, bukan sahaja bersukan namun apa yang lebih penting adalah untuk menghargai alam yang indah ini. Dengan motto yang cukup ringkas iaitu kami kayuh~kami kongsi diharapkan segala ilmu yang bermanfaat berkenaan pengalaman mengayuh dapat dikongsikan untuk tatapan bersama.

Salam Kayuhan Pertama,
Admin PMMC

0 comments:

Post a Comment