Kayuh Sendiri Episod 2

|
Oleh kerana dibatasi waktu dan juga tempat bagi ketiga-tiga ahli PMMC, masing-masing terpaksa mengisi masa-masa yang lompang dengan kayuhan solo dan bukan bertiga. Walaubagaimanapun ianya bukan satu alasan untuk tidak mengayuh, kayuhan demi kayuhan mesti diteruskan. Oleh kerana tempat tinggal bagi En. Zaiham di Paya Rumput, En. Zul di Merlimau dan En. Zamri di Selandar, masing-masing perlu terus mengayuh untuk mencari stamina sebelum event bersama dapat dilaksanakan suatu hari nanti. Berikut paparan yang sempat dirakamkan oleh En. Zaiham disepanjang kayuhannya pada waktu petang selepas kerja dan juga waktu pagi. Syabas buat beliau.

Pintu gerbang untuk masuk ke Stadium Hang Jebat di Krubong merupakan lokasi di mana En. Zaiham selalu berkayuh.
Merida Matts 500 berlatar belakangkan Stadium Hang Jebat.

Gambar Merida En. Zaiham setelah dipasangkan Saddle Bag TOPEAK yang baru dibelinya di Seng Hin bicycle Shop muar.

0 comments:

Post a Comment