Kayuhan Pantai (Mission Accomplish)

|
Pada hari Ahad yang lalu (15 Nov 2009), kayuhan pantai telah berjaya dilaksanakan walaupun kekurangan seorang ahli iaitu En. Zulkifli. Walaupun tanpa kehadiran En. Zul, namun ekspidisi kayuhan pantai tetap diteruskan. Kayuhan bermula seawal jam 7.30 pagi dari Paya Rumput Indah menuju ke Pengkalan Balak. Berikut adalah ringkasan route yang dilalui sepanjang kayuhan.



Details Route : 34.1 km – about 38 mins ( Kalau naik kereta ler.. )

1.Head southwest on Jalan Paya Rumput Indah toward Lebuh Amj ~ 0.4 km
2.Turn left at Lebuh Amj ~2.4 km
3.Exit on the right onto M136 ~ 9.7 km
4.Turn right at Route 5 5.Head northwest on Route 5 toward Jalan Haji Harun ~ 8.0 km
6.Turn left at Jalan Londang / Tanjung Bidara ~ 2.2 km
7.Head southwest on Jalan Londang / Tanjung Bidara toward M159 ~ 2.4 km
8.At the roundabout, take the 2nd exit ~ 1.0 km
9.Turn right at Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak
Destination will be on the left ~ 0.8 km
10.Head southeast on Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak ~ 0.8 km
11.Turn left toward M143 ~ 1.0 km
12.At the roundabout, take the 3rd exit onto M143 ~ 4.1 km
13.Turn right ~ 0.4 km
14. Take the 3rd left ~ 33 m



Walaupun pada awalnya perancangan hanya pergi ke Pengkalan Balak, namun oleh kerana dah "alang-alang" buat kata En. Zaiham, jadi kayuhan diteruskan ke Tanjung Bidara dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Walaubagaimanapun, kepuasan cukup terasa walaupun penat berkayuh sehingga 2 petang, namun ianya cukup menguji kekuatan fizikal mahupun mental untuk berdepan dengan bukit-bukit yang panjang dan cuaca yang panas pada hari itu. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan disepanjang kayuhan tersebut..Admin hanya memasukkan gambar gambar berstatus U sahaja. Manakala gambar gambar berstatus 15SG, 15SX dan 15PL

tidak dapat disiarkan..harap maklum..

Merida 2Z's ( Zaiham & Zamri ) sebaik sahaja sampai di Pengkalan Balak

1Z's ( Zaiham ) diapit 2 merida.

2Z's ( Zaiham & Zamri ) ...bila pulak 3Z's hendak bergabung...

Memang syok berkayuh di tepi pantai...

Tenang dan nyaman ketika berada di Pengkalan Balak..

Di Pantai Tanjung Bidara.......

Sempat bergambar di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah

Hutan Rekreasi Sudang Udang


Belakang ini.. asrama untuk mereka mereka yang terlalu ' baik ' ajer...
Kompleks Penjara Paya Rumput yang masih dalam pembinaan.

Info : Kayuhan pantai 2 akan diadakan pada bulan December 2009 diatas permintaan Encik Zul. InsyaAllah kalau tiada aral melintang tanggal 13/12/2009 gabungan 3Z's akan menawan Pantai Pengkalan Balak.




0 comments:

Post a Comment